Cara ke sana Bandar_Tasik_Kesuma

Dari arah Kajang, dapatkan laluan menghala ke Seremban melalui jalan lama. Disepanjang laluan anda itu nanti akan kelihatan beberapa taman dan kawasan perumahan sebelum sampai ke pekan Semenyih. Antara taman-taman tersebut adalah Taman Aik Ann, Taman Sunway Semenyih disebelah kiri anda. Terdapat sebuah stesen jambatan timbang JPJ lebih kurang 2km sebelum menghampiri pekan Semenyih di sebelah kanan. Selepas melalui pekan Semenyih, terdapat persimpangan ke Kuala Klawang, Semenyih Sentral dan Broga diikuti dengan 2 kawasan perumahan besar iaitu Bandar Pelangi Semenyih dan Bandar Rinching. Lebih kurang 1 minit melintasi 2 kawasan perumahan tersebut, anda akan berada di kawasan Bandar Tasik Kesuma.

Kini, sebuah lagi laluan pintasan Semenyih melalui Lebuhraya LEKAS terus memasuki kawasan Setia Eco Hill dan seterusnya bersambung dengan Eco Majestic. Kawasan perumahan Eco Majestic adalah berjiran dengan Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Laluan pintasan Semenyih ini telah dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang teruk di pekan Semenyih. Ini adalah kerana kawasan Semenyih telah mengalami arus pembangunan secara mendadak dengan kemunculan kawasan-kawasan perumahan baru seperti Pelangi Semenyih, Pelangi Semenyih 2 dan Semenyih Parklands.